Bersama Membina SMK Convent Batu Pahat Gemilang
Salam hormat kepada semua alumni SMK Convent Batu Pahat yang dihormati.
Masihkah anda ingat logo ini? Mungkin gambar ini menggamit memori zaman anda dibangku persekolahan. Ya, di sinilah tempat anda membesar, membina asas ilmu dan mengukir kenangan bersama rakan-rakan sebaya dan guru-guru. Kini, tiba masanya untuk kita memberikan semula kepada sekolah yang telah banyak berjasa ini.
SMK Convent Batu Pahat sedang merancang untuk menaik taraf kemudahan dengan membeli LED Board bernilai RM30,000. Alat ini bukan sekadar paparan teknologi, tetapi menjadi simbol harapan untuk membantu pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi yang melibatkan murid dan warga sekolah. Dari perhimpunan pagi, pembentangan projek, hinggalah ke program interaktif , semuanya dapat dijalankan dengan lebih cemerlang menggunakan teknologi ini.
Kami percaya, sebagai bekas pelajar, anda memahami pentingnya menyediakan suasana pembelajaran terbaik untuk generasi akan datang. Oleh itu, kami memohon sokongan ikhlas anda untuk menjayakan inisiatif ini. Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, pasti akan membawa perubahan yang besar.
Mari kita bersama-sama meninggalkan legasi bermakna di SMK Convent Batu Pahat. Sila salurkan sumbangan anda melalui akaun dibawah.
Terima kasih atas sokongan anda.
Berganding bahu kita membina masa depan SMKC yang lebih gemilang
Abdul Rashid bin Sha'ari
YDP PIBG SMK Convent
SMK Convent Batu Pahat